Posts

Showing posts from February, 2023

Kriptografi dalam Era Pengkomputeran Kuantum

Pada 4 Mei 2022, President Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah menandatangani sebuah memorandum yang antara lain mengetengahkan strategi negara tersebut untuk bersedia mengharungi era pengkomputeran kuantum. Komputer kuantum berpotensi untuk melonjakkan kemajuan dalam pelbagai bidang. Hal ini termasuk juga pemecahan algoritma kriptografi kekunci umum (public key cryptography) yang digunakan dalam kebanyakan sistem digital di seluruh dunia. Memahami ancaman tersebut, National Institute of Standards and Technology (NIST) telah melaksanakan sebuah projek bernama Post-Quantum Cryptography (PQC) pada awal tahun 2016. Enam tahun kemudian, iaitu pada 5 Julai 2022, empat algoritma telah diumumkan untuk dimasukkan dalam standard PQC NIST yang baru. Algoritma-algoritma ini dijangka akan menggantikan algoritma kriptografi sedia ada seperti RSA, ECC dan Diffie-Hellman dalam tahun-tahun mendatang. Malah, dalam memorandum yang dinyatakan di atas, AS menyasarkan untuk melakukan transisi sistem k